
MANJUNG, 4 Ogos – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan perasmian Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung di sini, hari ini.
- Kemudahan bernilai RM12.7 juta mampu menampung 2,500 orang, menjadi pusat penganjuran program rasmi, persidangan dan aktiviti kemasyarakatan.
- Pembangunan semula bermula 2016 dengan konsep "Warisan dalam Kemodenan", menggabungkan elemen seni bina Melayu tradisional dan keperluan konvensyen moden.
- Pada majlis baginda menandatangani plak perasmian, melawat pameran dan santap bersama tetamu kenamaan termasuk Menteri Besar Perak dan Menteri Pendidikan Tinggi.
Kemudahan bernilai RM12.7 juta itu mampu menampung sehingga 2,500 orang dan bakal menjadi pusat penganjuran program rasmi, persidangan serta aktiviti kemasyarakatan di daerah berkenaan.
Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.
Pada majlis itu, Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan lafaz dan gimik perasmian sebelum menandatangani plak sebagai simbolik pembukaan rasmi dewan berkenaan.
Baginda turut melawat ruang pameran yang disediakan sebelum berangkat ke majlis santapan bersama tetamu kenamaan termasuk Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Datuk Seri Saarani dalam sembah ucapan berkata, pembangunan semula dewan itu bermula pada 2016 dengan konsep “Warisan dalam Kemodenan”.
Ia menggabungkan elemen seni bina tradisional Melayu dengan keperluan sebuah pusat konvensyen moden.