
GEORGE TOWN, 3 Ogos – Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang akan mengekalkan pendekatan inklusif serta berpaksikan prestasi pentadbiran dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
- Chow: setiap gabungan politik berhak merangka strategi sendiri untuk meraih sokongan rakyat.
- Beliau menyeru pengundi menilai berdasarkan rekod pencapaian pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama.
- PH Pulau Pinang akan meneruskan agenda pembangunan negeri serta program kebajikan untuk semua rakyat.
- Kenyataan itu dibuat ketika sidang media di Komtar susulan kerjasama BN dan PN di Negeri Sembilan.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata setiap gabungan politik berhak merangka strategi masing-masing bagi meraih sokongan rakyat.
Bagaimanapun, beliau berharap rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan rekod pencapaian pentadbiran tanpa mengira kaum dan agama.
“Bagi Pakatan Harapan di Negeri Pulau Pinang khususnya, kita akan meneruskan agenda pembangunan negeri Pulau Pinang. Selama ini kita adalah sebuah kerajaan yang inklusif, memberi kebajikan membangunkan negeri untuk semua rakyat.
“Kita berharap pengundi-pengundi dari semua tidak mengira kaum dan agama, akan melihat prestasi negeri kerajaan negeri Pulau Pinang, dalam usaha mendapat semula mandat dalam PRN atau PRU yang akan datang. Memang ramai pemimpin kita telah mengutarakan perkara
yang sama, ini memang prinsip perjuangan kita”, katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan formula kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan dalam sidang media di Komtar.