Dua maut dalam kemalangan dua helikopter di Greece

Tangkap layar kejadian dua helikopter pemadam kebakaran bertembung di udara di kawasan barat laut Athens, Greece pada Ahad/ Reuters

ATHENS, 3 Ogos- Dua anggota kru maut selepas dua helikopter bertembung di udara ketika menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di Greece pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kebakaran besar memusnahkan lebih 100 rumah di barat laut Athens.
  • Perkhidmatan bomba memulakan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
  • Kebakaran turut melanda pulau pelancongan Kefalonia, menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman.
  • Eropah menghadapi musim kebakaran teruk akibat gelombang haba berulang dan taburan hujan rendah, dipengaruhi perubahan iklim.

Kemalangan itu berlaku ketika helikopter berkenaan membantu memadam kebakaran besar yang memusnahkan lebih 100 rumah di kawasan barat laut Athens.

Mangsa yang maut ialah seorang warga Greece dan seorang warga Denmark yang berada dalam salah sebuah helikopter, manakala dua kru dalam helikopter lain — masing-masing warga Greece dan Britain terselamat.

Perkhidmatan bomba Greece memaklumkan siasatan telah dimulakan bagi mengenal pasti punca perlanggaran itu.

Kebakaran hutan turut melanda beberapa kawasan lain termasuk pulau pelancongan Kefalonia menyebabkan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Sukarelawan bomba, Dimitris Katerinitsas berkata, walaupun ramai pihak berusaha membantu memadam kebakaran, api masih memusnahkan kawasan yang luas.

Eropah berdepan musim kebakaran hutan yang buruk pada musim panas ini susulan gelombang haba berulang dan cuaca kering yang menurut saintis diburukkan oleh perubahan iklim. -Reuters

Sebuah helikopter pemadam kebakaran musnah selepas bertembung dengan helikopter lain ketika operasi memadam kebakaran hutan di Greece/ Reuters

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.