Melaka ucap tahniah kepada Datuk Ismail Lasim

Foto fail

TELOK MAS, 2 Ogos – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan tahniah kepada Datuk Ismail Lasim atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelantikan harus dihormati; diharap kepimpinan baharu memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
  • Diharap janji dalam manifesto kerajaan negeri dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
  • Tarikh PRN Melaka belum ditentukan; BN terbuka rundingan jika diberi mandat, gabungan dinilai mengikut kepentingan negeri.

Beliau berkata, pelantikan itu merupakan keputusan yang wajar dihormati dan berharap kepimpinan baharu dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau juga berharap segala janji yang terkandung dalam manifesto kerajaan negeri dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.

“Kita ucapkan tahniah, semoga dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti mana yang dijanjikan dalam manifesto parti untuk menjadi sebuah kerajaan yang terbaik,” katanya.

Mengulas mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf berkata, tarikh masih belum ditentukan.

Namun, beliau berkata, sekiranya BN Melaka terus diberi mandat untuk memimpin kerajaan negeri, parti itu terbuka mengadakan rundingan dengan mana-mana pihak.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan sebarang pembentukan gabungan akan dinilai berdasarkan kepentingan dan manfaat kepada negeri Melaka.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.