Syor pindaan Akta Tabung Haji 1995 sedang diteliti

Foto BERNAMA

AMPANG, 1 Ogos – Aspek pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) sedang diperkemas susulan syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), termasuk meneliti cadangan pindaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

RINGKASAN BERITA AI
  • Penelitian dijalankan dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.
  • Libat urus dengan pihak berkepentingan dijalankan untuk mendapatkan maklum balas dan input terbaik.
  • Perkembangan positif dilihat melalui kedudukan kewangan dan tadbir urus yang lebih kukuh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, penelitian tersebut dilaksana dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Kita telah pun mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan dan, insya-Allah, kita akan mendapatkan maklum balas serta input yang terbaik untuk mengangkat institusi ini sebagai institusi yang terbaik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Program MADANI Kita (PMK) di Kampung Melayu Ampang, di sini, hari ini.

Cadangan pindaan Akta 535 antara syor dalam laporan RCI yang didedahkan pada Rabu lepas.

Langkah itu bertujuan memperkukuh tadbir urus serta kawal selia institusi tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Zulkifli berkata, sebahagian besar syor RCI telah dilaksanakan dan menyumbang kepada perubahan positif dalam pengurusan TH.

Perkembangan itu dapat dilihat menerusi kedudukan kewangan dan tadbir urus yang jauh lebih kukuh.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.