Peruntukan RM1 juta baiki paip air, jalan di Kem Terendak

Kem sudah lama usianya, pasti banyak perkara yang perlu dilihat

SUNGAI UDANG, 1 Ogos – Kerajaan negeri Melaka menyediakan peruntukan RM1 juta bagi melaksana kerja pembaikan paip air dan jalan raya di Kem Terendak.

RINGKASAN BERITA AI
  • Syarikat Air Melaka Berhad akan menyediakan tangki air untuk kawasan kritikal yang berisiko gangguan atau ketiadaan bekalan.
  • Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan kem berusia lama memerlukan pemeriksaan menyeluruh.
  • Kerajaan negeri menunjukkan keprihatinan dan memohon kerjasama Kementerian Pertahanan untuk menyalurkan bantuan.
  • Pengumuman dibuat selepas perasmian Penutupan Kejohanan Sukan Dua Jiwa dan Kejohanan Antara Badan Beruniform.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memaklumkan keputusan itu susulan masalah bekalan air di Kem Terendak dan keadaan jalan yang memerlukan pembaikan segera.

“Kerajaan negeri menerusi Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) akan menyediakan tangki-tangki air untuk ditempatkan di kawasan kritikal yang berisiko mengalami gangguan atau ketiadaan bekalan air.

“Kem sudah lama usianya dan sudah pasti banyak perkara yang perlu dilihat. Jadi kerajaan negeri sangat prihatin dan memohon kerjasama Kementerian Pertahanan agar bantuan dapat disalurkan,”katanya selepas merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Dua Jiwa dan Kejohanan Sukan Antara Badan Beruniform Piala Ketua Menteri Melaka 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.