Perkhidmatan percuma LRT Laluan Shah Alam dilanjutkan hingga 14 Ogos

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 31 Julai — Tempoh perkhidmatan percuma bagi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan sehingga 14 Ogos depan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mencuba sistem pengangkutan baharu dan membiasakan diri dengan laluan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.
  • Pengguna boleh menikmati perjalanan percuma termasuk perkhidmatan bas perantara dan Park N Ride di stesen terpilih.
  • Inisiatif diharap mengurangkan kos perjalanan dan tingkatkan keyakinan masyarakat; pengguna disaran merancang perjalanan serta mematuhi peraturan.

Rapid KL memaklumkan, pelanjutan itu bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna mencuba kemudahan sistem pengangkutan baharu berkenaan.

Pada masa sama, membiasakan diri dengan laluan yang menghubungkan Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

“Sepanjang tempoh berkenaan, pengguna boleh menikmati perjalanan percuma menggunakan Laluan Shah Alam, termasuk perkhidmatan bas perantara serta kemudahan Park N Ride di stesen terpilih,” menurut Rapid KL menerusi hantaran di Facebook.

Inisiatif itu diharap dapat mengurangkan kos perjalanan harian, selain meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap kecekapan dan keselesaan sistem pengangkutan awam negara.

Menurut Rapid KL, ribuan pengguna telah memanfaatkan perkhidmatan percuma tersebut dengan menikmati perjalanan yang lebih mudah, pantas dan selesa.

Orang ramai disaran merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi segala peraturan dan garis panduan ditetapkan bagi memastikan perjalanan selamat dan lancar.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.