Gempa bumi Jepun: Rakyat Malaysia diminta kekal berwaspada

Pemandangan udara menunjukkan kerosakan di pusat beli-belah Aeon Mall di Kashima, Wilayah Kumamoto, Jepun, susulan gempa bumi bermagnitud 7.1/Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Rakyat Malaysia yang berada di Jepun dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan memantau perkembangan semasa susulan gempa bumi bermagnitud 7.1 yang melanda Wilayah Kumamoto di Kyushu, Jepun petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran tsunami dikeluarkan untuk Laut Ariake dan Laut Yatsushiro.
  • Ikuti perkembangan, amaran dan nasihat Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
  • Kedutaan Malaysia di Tokyo: pejabat +81-3-3476-3840; kecemasan +81-70-1471-9756; emel consular.tyo@kln.gov.my atau mwtokyo@kln.gov.my.
  • Laporan awal: bangunan runtuh, kebakaran di beberapa lokasi; sekurang-kurangnya 50 mangsa dikejarkan ke hospital.

Kedutaan Malaysia di Tokyo dalam satu kenyataan memaklumkan amaran tsunami telah dikeluarkan bagi kawasan Laut Ariake dan Laut Yatsushiro berikutan kejadian itu.

“Kedutaan menasihatkan rakyat Malaysia di Jepun supaya sentiasa mengikuti perkembangan, amaran dan nasihat yang dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA),” menurut kenyataan itu.

Sekiranya berlaku kecemasan, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tokyo melalui talian pejabat +81-3-3476-3840 (waktu pejabat) atau talian kecemasan +81-70-1471-9756 (selepas waktu pejabat), selain e-mel consular.tyo@kln.gov.my atau mwtokyo@kln.gov.my.

Pada Selasa, gempa bumi kuat berukuran magnitud awal 7.1 melanda barat daya Jepun mengakibatkan bangunan runtuh dan kebakaran di beberapa lokasi.

Manakala sekurang-kurangnya 50 mangsa dilaporkan dikejarkan ke hospital.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.