
SEREMBAN, 28 Julai- Sebanyak 86.40 peratus pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mereka, setakat 2.00 petang ini.
- 9,550 anggota tentera dan 4,678 polis serta pasangan mengundi awal.
- Dua lagi pusat pengundian awal ditutup 2.00 petang, menjadikan 20 daripada 38 pusat sudah ditutup.
- Pusat yang ditutup termasuk Ruang C Dewan Serbaguna IPD Jempol dan Balai Polis Senawang; 18 lagi ditutup tengah hari, baki 18 tutup 5.00 petang.
Berdasarkan data terkini yang dikongsikan menerusi Facebook rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu melibatkan 9,550 anggota tentera dan 4,678 polis serta pasangan.
Sementara itu, dua lagi pusat pengundian awal telah ditutup pada pukul 2.00 petang ini.
Ini menjadikan sebanyak 20 daripada keseluruhan 38 pusat mengundi yang dibuka pada 8.00 pagi tadi telah ditutup setakat ini.
Pusat mengundi tersebut ialah Ruang C, Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (Dewan Undangan Negeri – DUN Bahau) dan Balai Polis Senawang (DUN Paroi).
Terdahulu, 18 pusat pengundian awal ditutup pada 12.00 tengah hari, manakala baki 18 pusat pengundian akan ditutup 5.00 petang ini.