Pirlo pengendali baharu Itali

Andrea Pirlo/ REUTERS

MILAN, 25 Julai – Persekutuan Bola Sepak itali (FIGC) telah mencapai persetujuan dengan bekas pemain tengah Itali, Andrea Pirlo berhubung pelantikannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pirlo dilantik sebagai ketua jurulatih Itali dengan kontrak empat tahun.
  • FIGC memulakan pencarian jurulatih selepas Gennaro Gattuso meletak jawatan susulan kegagalan layak ke Piala Dunia.
  • Pirlo bekas pemain tengah, pemenang Piala Dunia 2006, berpengalaman bersama AC Milan dan Juventus; kini mengurus Dubai United di UAE.

FIGC memaklumkan Pirlo dilantik mengemudi Itali dengan kontrak empat tahun lapor akhbar negara berkenaan, Italian daily La Repubblica pada Jumaat.

Persetujuan berkenaan hadir beberapa jam selepas bekas pengurus Manchester City, Pep Guardiola menolak tawaran sebagai pengurus susulan percanggahan berhubung kaedah untuk mengemudi pasukan berkenaan.

FIGC telah memulakan pencarian jurulatih baharu sejak peletakan jawatan Gennaro Gattuso selepas kegagalan Itali untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Pirlo yang dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik dalam sejarah bola sepak telah memenangi Piala Dunia pada 2006 dan menikmati rentetan kejayaan bersama beberapa kelab gergasi Itali seperti AC Milan dan Juventus.

Pengurus berusia 47 tahun itu kini sedang membimbing Dubai United yang kini bersaing di Liga Divisyen 1 Emiriah Arab Bersatu (UAE). – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.