Dakwaan tiada tindakan isu pencerobohan tanah Kerajaan Negeri di Seremban tidak benar

Datuk Seri Fahmi Fadzil/ BERNAMA

SEREMBAN, 23 Julai – Dakwaan bahawa kerajaan Negeri Sembilan tidak mengambil tindakan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan di beberapa kampung termasuk Kampung Pasir dekat sini, adalah tidak benar.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pejabat Menteri Besar telah mengambil tindakan susulan dan mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.
  • Pihak berkuasa mengenal pasti 12 buah rumah yang didapati berstatus pencerobohan tanah kerajaan negeri.
  • Isu dibincangkan dalam sidang media Pakatan Harapan, dengan Fahmi menjelaskan surat sekitar Julai 2022 tersebar di media sosial.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, berdasarkan penjelasan Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun, pejabat Menteri Besar telah mengambil tindakan susulan.

Ia selepas menerima aduan tersebut dengan mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

“Sejak aduan itu diterima, pihak Pejabat Menteri Besar telah berhubung dengan Pejabat Tanah dan Daerah Seremban bagi mengenal pasti sebanyak 12 buah rumah yang didapati berstatus sebagai pencerobohan tanah kerajaan negeri,” katanya dalam sidang media PH di sini hari ini.

Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad dan Setiausaha DAP Negeri Sembilan Cha Kee Chin.

Datuk Seri Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata demikian bagi mengulas isu yang tersebar di media sosial berkenaan surat bertarikh sekitar Julai 2022 mengenai dakwaan pencerobohan tanah kerajaan Negeri Sembilan melibatkan beberapa kampung di Seremban.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.