
MARUDI, 23 Julai– Mangsa ketiga insiden perahu karam di Long Selatong, Sungai Baram ditemukan meninggal dunia pagi tadi.
- Mangsa dikenali sebagai Jonathan Nyurang Lusut, 45 tahun.
- Mayat ditemukan pada pukul 9.50 pagi di Jeram Masen, berhampiran Long Seperek, kira-kira 500 meter dari penemuan mangsa kanak-kanak.
- Pasukan bomba mengangkat mayat dan membawanya ke Klinik Kesihatan Long San untuk pengecaman dan pengesahan doktor.
- Dua mangsa lain ditemukan meninggal dunia sebelumnya; operasi SAR diteruskan bagi mengesan isteri mangsa yang masih hilang.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa dikenali sebagai Jonathan Nyurang Lusut, 45 tahun.
Mayat mangsa ditemukan pada pukul 9.50 pagi di kawasan Jeram Masen, berhampiran Long Seperek, kira-kira 500 meter dari lokasi penemuan mangsa kanak-kanak sebelum ini.
“Mayat mangsa kemudian diangkat pasukan bomba sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Long San bagi proses pengecaman dan pengesahan oleh doktor,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, dua lagi mangsa ditemukan meninggal dunia pada Selasa, iaitu Joshua Uken Mathew, 38 tahun dan anaknya, Jovian Jangin Joshua, 4 tahun.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diselaraskan JBPM Sarawak diteruskan bagi mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang, iaitu isteri Joshua.