PGA rampas 80 liter petrol disyaki diseludup ke Thailand

PGA menemukan longgokan botol berisi petrol dalam sebuah stor/Foto PGA Briged Tenggara

PASIR MAS, 23 Julai — Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas 80 liter petrol bersubsidi yang dipercayai cuba diseludup ke Thailand, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ditemukan tanpa pemilik dalam stor di Pengkalan Haram Pok Dik, Jeram Perdah.
  • Anggota menemui longgokan tong jerikan putih mencurigakan semasa rondaan kira-kira pukul 1 tengah hari.
  • Pemeriksaan mengesahkan tong berkenaan mengandungi minyak petrol bersubsidi; siasatan awal mendapati ia dipercayai disimpan untuk diseludup ke Thailand.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada KPDN Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Rampasan minyak petrol bernilai RM273.60 itu ditemukan tanpa pemilik di sebuah stor di Pengkalan Haram Pok Dik, Jeram Perdah.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner (SAC) Ahmad Radzi Hussain, berkata anggota PGA menemui longgokan tong jerikan berwarna putih dalam keadaan mencurigakan ketika menjalankan rondaan kira-kira 1 tengah hari.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati tong jerikan berkenaan mengandungi minyak petrol bersubsidi.

“Anggota menunggu kira-kira 30 minit, namun tiada individu tampil menuntut barang berkenaan sebelum semua tong jerikan dirampas untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati minyak petrol itu dipercayai disimpan untuk diseludup ke Thailand melalui laluan yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Manakala rampasan diserahkan kepada KPDN Pasir Mas untuk siasatan lanjut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.