Mangsa kes culik ditahan, disyaki terlibat edar dadah

Datuk M. Kumar, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman / BERNAMA

SUBANG JAYA, 22 Julai– Individu yang berjaya diselamatkan daripada diculik Sabtu lalu, ditahan polis kerana disyaki terlibat sindiket pengedaran dadah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lapan individu ditahan termasuk tujuh lelaki dan seorang wanita untuk membantu siasatan berkaitan sindiket pengedaran dadah.
  • Mangsa ditahan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985; mempunyai rekod lampau, dan ujian awal didapati positif dadah.
  • Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian penuh; beberapa suspek mempunyai rekod dadah dan jenayah kekerasan, tiada bukti penglibatan culik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata, setakat ini lapan individu telah diberkas bagi membantu siasatan.

Jelas beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita tempatan.

“Hasil siasatan lanjut JSJ dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, kita telah mengenal pasti elemen pengedaran dadah.

Susulan itu tangkapan dibuat ke atas mangsa berusia 44 tahun itu mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985,” katanya dalam sidang media, di sini.

Datuk M. Kumar turut memaklumkan, hubungan sebenar mangsa dengan sindiket berkenaan masih dalam siasatan kerana penahanan itu hanya dibuat semalam.

Semakan turut mendapati mangsa mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah komersial, selain didapati positif dadah ketika pemeriksaan awal dijalankan.

“Sebahagian suspek yang ditahan juga mempunyai rekod lampau membabitkan kes dadah dan jenayah kekerasan.

Bagaimanapun, setakat ini tiada bukti mereka pernah terbabit dalam kes culik sebelum ini,” ujarnya lagi.

Beliau menegaskan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian sindiket serta individu lain yang dipercayai masih bebas.

Terdahulu media melaporkan, enam individu ditahan tidak sampai 48 jam selepas menculik seorang lelaki dan meminta wang tebusan RM7 juta bagi membebaskan mangsa.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.