Jenayah : Pemilik rumah, inap desa perlu semak latar belakang bakal pemilik

Pemilik juga disaran mengesahkan identiti maklumat penyewa, sekiranya menggunakan khidmat ejen

GEORGE TOWN, 22 Julai – Pemilik rumah sewa serta inap desa perlu menyemak latar belakang bakal penyewa bertujuan mengelak premis masing-masing disalahgunakan untuk kegiatan jenayah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemilik yang menguruskan sewa melalui ejen perlu mengesahkan identiti dan maklumat penyewa.
  • Polis Pulau Pinang merampas 3.1 kilogram MDMA bernilai kira-kira RM470,000.
  • Seorang suspek ditahan dan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Peringatan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng itu agar premis-premis berkenaan tidak dijadikan sebagai lokasi kegiatan jenayah seperti pusat panggilan palsu.

“Sekiranya urusan sewa dilakukan menerusi ejen, pemilik juga perlu mengesahkan identiti maklumat penyewa,”katanya dalam sidang media di IPD Timur Laut.

Beliau dalam pada itu berkongsi kejayaan Polis Pulau Pinang yang berjaya merampas 3.1 kilogram (kg) dadah jenis MDMA dengan bernilai mencecah RM470,000.

“Hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Seberang Jaya, dadah berkenaan disimpan di sebuah rumah di Teluk Air Tawar untuk pasaran kelab malam.

“Suspek berusia 37 tahun telah ditahan dan kini direman sehingga 27 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.