Jangan guna kedudukan sebagai modal berkempen dalam PRN – PM

Foto BERNAMA 

IPOH, 19 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua menteri, timbalan menteri serta pemimpin agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka di peringkat persekutuan sebagai modal berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN).

RINGKASAN BERITA AI
  • Anggota pentadbiran yang berhasrat berkempen digalakkan melepaskan jawatan untuk mengekalkan disiplin dan keharmonian Kerajaan Perpaduan.
  • Perkara ini dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Fadillah susulan kempen PRN di Negeri Sembilan.
  • Pesanan jelas agar pegawai persekutuan tidak menyerang atau menjadikan jawatan sebagai medan politik; jaga disiplin dan tata susila.

Sebaliknya, beliau menegaskan mana-mana anggota pentadbiran yang mahu berbuat demikian perlu melepaskan jawatan masing-masing bagi menjaga disiplin serta keharmonian Kerajaan Perpaduan.

Jelas beliau, perkara tersebut telah dibincangkan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof susulan kempen pilihan raya di Negeri Sembilan yang melibatkan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Kalau di peringkat persekutuan beliau memegang jawatan di peringkat persekutuan, beliau tidak boleh menyerang dan jadikan ia satu medan politik. Beliau kena jaga juga disiplin. Dan sekiranya beliau memilih untuk melakukannya, harus undur daripada jawatannya,” katanyta.

Datuk Seri Anwar berkata demikian pada sidang media selepas Program MADANI Kita: Memaknai Harapan Rakyat Bersama Komuniti Tambun di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.