Dua mangsa terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah ditemukan

Foto hiasan

BAGAN DATUK, 18 Julai – Mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai terjatuh dari Jambatan Sultan Nazrin Shah pada Jumaat ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat Mohd Nor Ferdaus, 42, ditemukan terapung kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 11.59 pagi.
  • Bayi berusia dua tahun ditemukan kira-kira 10 kilometer dari jambatan sekitar 1.45 tengah hari.
  • Wanita yang diselamatkan sebelum ini disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dalam kenyataan memaklumkan, mayat Mohd Nor Ferdaus Mohd Mokhtar, 42 tahun, ditemukan terapung kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 11.59 pagi.

“Mangsa kedua iaitu seorang bayi berusia dua tahun turut ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 1.45 tengah hari pada jarak lebih kurang 10 kilometer dari jambatan berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan akan dibawa ke Hospital Teluk Intan bagi urusan selanjutnya.

Dalam kejadian berasingan semalam seorang lelaki dan seorang wanita bersama bayinya dipercayai terjatuh dari jambatan berkenaan.

Wanita tersebut berjaya diselamatkan namun disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bagan Datuk malam tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.