
KUALA LUMPUR, 18 Julai– Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 berlaku di Laut Sulawesi pada pukul 10.23 pagi ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Pusat gempa pada koordinat 4.5 darjah utara, 124.9 darjah timur; kedalaman 10 km.
- Kejadian berlaku kira-kira 199 km barat Pulau Talaud, Indonesia.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia menurut METMalaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memaklumkan gempa bumi berkenaan berpusat pada koordinat 4.5 darjah utara dan 124.9 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Menurut kenyataan METMalaysia, lokasi gempa itu berada kira-kira 199 km barat dari Pulau Talaud, Indonesia.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian berkenaan.