Ruventhiran kembali sarung jersi Harimau Malaya selepas empat tahun

V.Ruventhiran teruja dapat kembali menyarung jersi Harimau Malaya – Foto RTM

KUALA LUMPUR, 17 Julai – V.Ruventhiran menyifatkan peluang kembali menyarung jersi kebangsaan selepas empat tahun sebagai satu penghormatan dan bertekad memanfaatkan sepenuhnya kepercayaan yang diberikan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menghargai ketua jurulatih interim Tan Cheng Hoe dan barisan kejurulatihan atas pemanggilan ke skuad.
  • Tempoh persiapan 10 hari dimanfaatkan sepenuhnya untuk fokus aksi pembukaan Piala Hyundai ASEAN 2026.
  • Gabungan pemain muda dan senior memberi keseimbangan, pengalaman dan semangat sebagai kekuatan pasukan.
  • Fokus utama perlawanan pembukaan ialah meraih tiga mata dan berharap penyokong memenuhi stadium.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada ketua jurulatih interim, Tan Cheng Hoe serta barisan kejurulatihan yang memberi peluang kepadanya untuk kembali bersama skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, tempoh persiapan selama 10 hari akan dimanfaatkan sebaik mungkin dengan pasukan kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada aksi pembukaan kempen Piala Hyundai ASEAN 2026.

“Gabungan pemain muda dan senior memberi keseimbangan kepada skuad dengan pengalaman pemain berpengalaman serta semangat pemain muda menjadi antara kekuatan utama Harimau Malaya,” katanya.

Ruventhiran turut menegaskan setiap pemain berbangga dapat menyarung jersi kebangsaan dan tidak menganggap harapan penyokong sebagai satu tekanan, sebaliknya menjadikannya motivasi untuk memberikan aksi terbaik.

Mengulas sasaran pasukan, beliau berkata fokus utama ketika ini adalah meraih tiga mata dalam perlawanan pertama sebelum mengharungi aksi-aksi berikutnya.

Dalam pada itu, Ruventhiran berharap penyokong terus memberikan sokongan kepada Harimau Malaya dengan kembali memenuhi stadium bagi menyuntik semangat pasukan sepanjang kempen kejohanan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.