PDRM perketat kawalan, elak tragedi ketika Himpunan RXZ Members 8.0

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 16 Julai – Polis Terengganu menjangkakan kira-kira 150,000 penunggang Yamaha RXZ dari seluruh negara akan menghadiri program RXZ Members 8.0 yang berlangsung pada 31 Julai ini di Litar Permotoran Gong Badak di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PDRM tidak akan berkompromi terhadap peserta yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya; penguatkuasaan diperketat sepanjang program.
  • 619 pegawai dan anggota dikerahkan untuk memastikan kelancaran trafik serta keselamatan awam di kawasan program dan daerah terlibat.
  • Peserta dinasihatkan menyelenggara motosikal, memiliki lesen menunggang sah dan memastikan motosikal mematuhi spesifikasi ditetapkan.
  • Edisi 7.0 lalu merekodkan dua kematian, dua cedera parah dan enam kecederaan ringan.

Ketua Polis Terengganu DCP Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata edisi 7.0 tahun lalu telah merekodkan dua kemalangan maut, dua kemalangan cedera parah dan enam kemalangan cedera ringan.

Tegasnya, PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana peserta RXZ Members 8.0 yang melanggar peraturan atau undang-undang jalan raya di samping penguatkuasaan akan diperketat sepanjang program tahunan itu berlangsung.

“Tahun ini kita meningkatkan kawalan seramai 619 pegawai dan anggota akan terlibat bagi memastikan kelancaran dan keselamatan awam terkawal. Ini termasuklah di kawasan program dan juga di daerah lain yang terlibat. Tindakan ini bagi memastikan perjalanan trafik berjalan lancar,” katanya.

Beliau menyatakannya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini.

Beliau menasihati peserta agar memastikan motosikal diselenggara dengan baik, memiliki lesen menunggang yang sah serta motosikal mematuhi spesifikasi ditetapkan.

“Saya berharap ia menjadi himpunan komuniti permotoran yang selamat serta memberi impak positif dalam dunia permotoran negara,” jelas beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.