
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh/Foto JaPEN
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) berjaya menjimatkan perbelanjaan rakyat sebanyak RM238.64 juta sepanjang tahun ini sehingga 13 Julai.
- 21.12 juta transaksi direkodkan sepanjang pelaksanaan program.
- PJRM memberi manfaat kepada pengguna serta membantu usahawan dan rakan strategik yang terlibat.
- KPDN melantik 2,695 rakan strategik termasuk 606 kedai runcit (naik dari 212) dan 35 koperasi.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, jumlah itu direkodkan menerusi 21.12 juta transaksi yang dilakukan sepanjang pelaksanaan program berkenaan.
Beliau berkata, PJRM bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna, malah turut membantu usahawan serta rakan strategik yang terlibat.
“KPDN telah melantik 2,695 rakan strategik dan daripada jumlah ini 606 merupakan kedai runcit tahun lepas jumlahnya ialah 212.
“Jadi kita telah melipat gandakan jumlah kedai-kedai runcit dan 35 koperasi juga terlibat sebagai rakan strategi melaksanakan program jualan rahmah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan di Dewan Rakyat, hari ini.