Hamas kecam rancangan Israel bina 12,000 unit kediaman di Tebing Barat

Tentera Zionis laksana operasi ketenteraan di Tebing Barat / Foto fail REUTERS

MOSCOW, 15 Julai – Hamas mengecam perjanjian antara pihak berkuasa Israel dan Pentadbiran Awam Judea dan Samaria untuk membina 12,000 unit kediaman baharu di penempatan haram Yahudi, lapor Sputnik/RIA Novosti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hamas menganggap perjanjian itu berbahaya, jenayah dan bertujuan mengubah identiti wilayah.
  • Gerakan itu menyatakan ia mencerminkan peningkatan perang kejam pendudukan dan usaha menguasai Tebing Barat, merampas tanah serta mengusir penduduk.
  • Perluasan penempatan Israel merupakan halangan utama dalam hubungan dengan masyarakat antarabangsa dan Pihak Berkuasa Palestin.
  • Majlis Keselamatan PBB meluluskan Resolusi 2334 menuntut Israel menghentikan kegiatan penempatan; kabinet Israel juga meluluskan penubuhan penempatan baharu.

“Perjanjian antara kerajaan pendudukan Zionis ekstremis dan apa yang dikenali sebagai Majlis Penempatan di utara Tebing Barat untuk membina 12,000 unit penempatan baharu, selain memperuntukkan lapan bilion shekel (US$2.6 bilion) bagi membangunkan infrastruktur penempatan, merupakan perjanjian berbahaya, bersifat jenayah dan bertujuan mengubah identiti wilayah itu.

“Ia juga mencerminkan peningkatan perang kejam pihak pendudukan serta usahanya menguasai Tebing Barat, merampas tanah dan mengusir penduduknya,” menurut gerakan itu dalam kenyataan pada Selasa.

Perluasan penempatan Israel di Tebing Barat merupakan antara halangan utama dalam hubungannya dengan masyarakat antarabangsa dan Pihak Berkuasa Palestin.

Pada Disember 2016, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menerima pakai Resolusi 2334 yang menuntut Israel menghentikan kegiatan penempatan.

Pada Disember 2025, Kabinet Keselamatan Israel meluluskan penubuhan 19 penempatan baharu di seluruh Tebing Barat. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.