Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang anggaran awal KDNK suku kedua

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih tinggi, disokong sentimen pelabur yang bertambah baik menjelang pengumuman anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2026, selain dipacu prestasi kebanyakannya positif di Wall Street.

RINGKASAN BERITA AI
  • Indeks FBM KLCI meningkat 3.15 mata kepada 1,723.09 pada 9.15 pagi, selepas dibuka pada 1,720.66.
  • Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 272 berbanding 142; 338 kaunter tidak berubah, 1,951 tidak diniagakan, 11 digantung.
  • Jumlah dagangan mencecah 372.28 juta saham bernilai RM157.76 juta.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.15 mata kepada 1,723.09 daripada paras penutup 1,719.94 pada Selasa, selepas dibuka 0.72 mata lebih tinggi pada 1,720.66.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi iaitu 272 berbanding 142, manakala 338 kaunter tidak berubah, 1,951 kaunter tidak diniagakan dan 11 kaunter digantung dagangan.

Jumlah dagangan mencecah 372.28 juta saham bernilai RM157.76 juta.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.