Datuk Mas Rizal TKP baharu RTM

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi hari ini mengadakan lawatan kerja dan sesi suai kenal bersama warga Wisma Berita RTM.

RINGKASAN BERITA AI
  • Memperkukuh hubungan kerja dan memahami operasi pengurusan berita serta penerbitan kandungan televisyen dan radio.
  • Meninjau Studio N1 Program Selamat Pagi Malaysia, Konti Siaran Berita Radio serta Studio Berita Dunia.
  • Menerima penerangan proses penyediaan kandungan, penyelarasan produksi dan pengurusan siaran langsung dan berpeluang membaca berita menggunakan prompter.
  • Diakhiri taklimat bersama pengurusan dan ketua bahagian bagi memahami fungsi serta peranan setiap bahagian.

Lawatan itu bertujuan memperkukuh hubungan kerja selain memberi peluang kepada beliau memahami lebih dekat operasi pengurusan berita, penerbitan kandungan televisyen dan radio yang menjadi teras penyampaian maklumat RTM kepada masyarakat.

Diiringi Pengarah Berita RTM, Md Shahri Saripan, Datuk Mas Rizal memulakan lawatan di Studio N1, Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) sebelum meninjau operasi Konti Siaran Berita Radio serta Studio Berita Dunia.

Beliau turut menerima penerangan mengenai proses penyediaan kandungan, penyelarasan produksi, pengurusan siaran langsung serta berkesempatan membaca berita menggunakan prompter bagi merasai pengalaman sebagai penyampai berita televisyen.

Lawatan diakhiri dengan sesi taklimat bersama pihak pengurusan dan ketua-ketua bahagian Wisma Berita RTM di Bilik Mesyuarat Perdana bagi memahami fungsi serta peranan setiap bahagian dalam pengurusan berita dan program RTM.

Datuk Mas Rizal Mohd Hilmi dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik) RTM pada 22 Jun lalu, selepas sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) di Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.