
ALBAY, 14 Julai – Gunung Berapi Mayon di Filipina masih aktif mengeluarkan lava pada awal pagi Selasa waktu tempatan, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs).
- Telah meletus 190 hari berturut-turut, menghasilkan aliran lava, debu tebal dan runtuhan batu.
- Tahap amaran dikuatkuasakan sejak Januari 2026; magma berhampiran kawah menunjukkan peningkatan aktiviti.
- Tahap amaran 3 dikekalkan; akses ke zon bahaya dalam radius enam kilometer dilarang dan pihak berkuasa terus memantau serta menguatkuasakan larangan.
Menurut agensi itu, gunung berapi berkenaan sudah meletus selama 190 hari berturut-turut, dengan membawa aliran lava, debu tebal, dan runtuhan batu.
“Tahap amaran yang dikuatkuasakan sejak Januari 2026 itu menunjukkan peningkatan aktiviti gunung berapi, dengan magma berada berhampiran kawah,” menurut kenyataan itu.
Tahap amaran 3 masih dikekalkan, sekali gus melarang kemasukan ke zon bahaya kekal dalam lingkungan enam kilometer dari kawah gunung berapi berkenaan.
Pihak berkuasa wilayah Albay terus menguatkuasakan larangan memasuki zon bahaya itu, manakala PHIVOLCS terus memantau perkembangan aktiviti Gunung Mayon dari semasa ke semasa. -REUTERS