HPBM 2026: Dekatkan generasi muda dengan peradaban Melayu Islam

wakil penganjur, Gabungan Nasionalis,Faizul Fazrin Ahmad Zaini / RTM

KUALA LUMPUR, 11 JULAI- Hari Peradaban Bangsa Melayu (HPBM) kembali dengan edisi ketiga menampilkan pengisian lebih mnyeluruh dalam memperkukuh bagi warisan, jati diri Melayu Islam serta membangkitkan semula kesedaran terhadap warisan peradaban yang sekian lama membentuk kekuatan bangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Segmen keilmuan melalui seminar dan forum membincangkan sejarah serta ketamadunan Alam Melayu.
  • Lokasi di Muzium Negara dipilih kerana kedudukan strategik menarik pengunjung tempatan dan pelancong asing.
  • Mensasarkan kehadiran 5,000 hingga 6,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran.
  • Mendidik generasi muda dengan khazanah peradaban Melayu Islam serta memupuk jati diri dan penghargaan terhadap warisan.

Menurut wakil penganjur, Gabungan Nasionalis Faizul Fazrin Ahmad Zaini bertemakan “HPBM 2026 Kembali, Memartabatkan Peradaban Bangsa Melayu Islam”, program berkenaan yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negara menghimpunkan pelbagai aktiviti berteraskan ilmu,budaya dan sejarah.

“Selain mengekalkan segmen kebudayaan, HPBM tahun ini turut memperkenalkan segmen keilmuan menerusi seminar dan forum yang membincangkan sejarah serta ketamadunan Alam Melayu, termasuk seminar bertajuk “Alam Melayu Teraju Peradaban Timur” sebagai acara pembuka,” katanya.

Ujarnya, pemilihan Muzium Negara sebagai lokasi penganjuran dijangka mampu menarik lebih ramai pengunjung kerana kedudukannya yang strategik dan menjadi tumpuan rakyat tempatan serta pelancong asing.

“Penganjur menyasarkan kehadiran antara 5,000 hingga 6,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran, dengan harapan jumlah itu akan terus meningkat,”katanya.

Menurut beliau, antara fokus utama HPBM adalah mendekatkan generasi muda dengan khazanah peradaban Melayu Islam yang semakin berdepan cabaran akibat perubahan zaman.

Selain itu, program tersebut dijangka menjadi platform untuk memperkenalkan kekayaan warisan bangsa Melayu yang merangkumi aspek keilmuan, kebudayaan, pertahanan diri, kesenian, masakan tradisional serta nilai-nilai Islam yang menjadi teras pembentukan tamadun Melayu sejak berabad lamanya.

Beliau turut berharap HPBM terus menjadi wadah memperkukuh jati diri bangsa dan menyemarakkan penghargaan masyarakat terhadap khazanah peradaban Melayu Islam sebagai warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.