Kemajuan perlu seimbang dengan aspek kesejahteraan rakyat – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai selepas program “Yok! Merahkan Johor! Undi Harapan”/Foto BERNAMA 

KULAI, 10 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemajuan dikecapi perlu diseimbangkan dengan aspek kesejahteraan rakyat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif perumahan mampu milik diprioritaskan, terutamanya di kawasan bandar termasuk Johor Bahru.
  • Kerajaan memberi bantuan kepada peniaga kecil melalui Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah apabila peruntukan mencukupi.
  • Sokongan pendidikan termasuk Bantuan Awal Persekolahan RM150 dan Baucar Buku MADANI RM100 untuk pelajar.
  • Perdana Menteri menggesa anak muda yang bekerja di luar Johor pulang mengundi kerana setiap undi menentukan hala tuju pentadbiran.

Antaranya inisiatif seperti perumahan murah perlu diutamakan terutama di kawasan bandar termasuk di Johor Bahru.

“Ini bukan sekadar berjanji tapi kita sudah lakukannya. Tengok di Kuala Lumpur, gerai-gerai kecil orang berniaga dan sekiranya kerajaan ada peruntukan lebih, kita bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kita bagi juga Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

“Untuk pelajar sekolah kita juga ada Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 dan juga inisistif Baucar Buku MADANI sebanyak RM100. Mana ada negara boleh buat macam ini selain Malaysia,” katanya.

Beliau berucap pada Program “Yok Merahkan Johor: Undi Harapan” di DUN Bukit Batu, di sini hari ini yang turut dihadiri calon PH N51 Bukit Batu, Arthur Chiong Sen Sern.

Pada ucapan yang sama, Datuk Seri Anwar sekali lagi mengingatkan golongan muda yang bekerja di luar Johor untuk sama-sama pulang mengundi esok.

Tegasnya, setiap undi amat penting untuk menentukan hala tuju pentadbiran di Johor bagi penggal akan datang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.