Kerajan MADANI salur bantuan tidak kira warna politik – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan di Taman Dahlia, Batu Pahat / Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

BATU PAHAT, 9 Julai – Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan mana-mana pihak berdasarkan ‘warna politik’ demi kepentingan peribadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab mencari penyelesaian isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira warna politik.
  • Pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di seluruh negara menunjukkan komitmen kerajaan.
  • Di Johor, Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan projek tebatan banjir di Segamat serta Muar dilaksanakan dengan peruntukan besar.
  • Kerajaan inklusif menyalurkan bantuan pendidikan, termasuk lanjutan pelepasan cukai 10 tahun kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman.

Sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ia menjadi amanah dan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk mencari penyelesaian melibatkan isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Komitmen itu katanya, dibuktikan dengan pelbagai agenda pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur yang dilaksanakan di seluruh negara.

“Semua negeri kita salurkan bantuan. Kita bukan sekadar datang atau beritahu nak membantu bila tiba musim pilihan raya sahaja. Sejak kita ambil alih Kerajaan Persekutuan, banyak usaha kita laksanakan untuk bangunkan negeri-negeri.

“Misalnya di Johor, kita bangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, kita bantu banyak projek tebatan banjir di Segamat dan Muar, ia melibatkan peruntukan berbilion ringgit daripada persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, Kerajaan Persekutuan kekal komited mengutamakan kebajikan rakyat serta pembangunan negeri meskipun ia ditadbir oleh pihak pembangkang seperti Kelantan dan Kedah.

Menyentuh isu pendidikan pula, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Kerajaan MADANI sentiasa bersikap inklusif dalam menyalurkan bantuan tanpa mengambil kira latar belakang politik sesebuah institusi.

“Lihat siapa yang luluskan lanjutan tempoh pelepasan cukai kepada Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman selama 10 tahun. Kita buat dan selesaikannya,” katanya lagi.

Datuk Seri Anwar berkata demikan ketika berucap pada program Yok! Meriahkan Johor! Undi Harapan di Senggarang sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, di sini, hari ini.

Turut hadir pada program berkenaan ialah Menteri Komunikasi yang juga Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil serta, calon gabungan itu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Senggarang, Onn Abu Bakar; DUN Semerah, Mohd Khuzzan Abu Bakar; serta DUN Penggaram, Felicia Poh Rui Ling.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.