Lelaki ditahan ceroboh rumah di Rawang

Gambar hiasan

RAWANG, 7 Julai – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai menceroboh sebuah rumah di Taman Tun Teja, di sini, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kejadian berlaku kira-kira 5.15 petang; suspek menceroboh ketika mangsa berada di dapur, mangsa segera menghubungi polis.
  • Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
  • Jika sabit, hukuman sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya; polis nasihatkan kunci pintu dan keselamatan.

Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Ibrahim Husin berkata, suspek ditahan sepasukan anggota kereta peronda (MPV) Balai Polis Rawang yang menjalankan rondaan di kawasan kejadian kira-kira pukul 11.30 malam selepas menerima laporan daripada mangsa.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5.15 petang apabila suspek menceroboh masuk ke rumah mangsa ketika wanita tempatan itu berada di bahagian dapur sebelum mangsa segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan rumah.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya.

Polis turut menasihati orang ramai supaya sentiasa memastikan pintu rumah berkunci dan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.