
PADANG TERAP, 7 Julai- Seorang murid lelaki Tahun Lima mengalami kecederaan selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan sekolah di daerah ini, petang tadi.
- Mangsa, 11 tahun, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil sarang burung di tingkat atas bangunan sekolah.
- Guru sekolah menghubungi polis kira-kira jam 4.00 petang untuk memaklumkan kejadian.
- Ketika kejadian mangsa sedang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
- Mangsa dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; siasatan awal polis anggap kemalangan tanpa unsur jenayah.
Mangsa berusia 11 tahun itu dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil burung dalam sarang yang berada di tingkat atas bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintenden Mohd Anuar Junoh berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru sekolah berkenaan kira-kira 4.00 petang yang memaklumkan kejadian itu.
Menurutnya, ketika kejadian mangsa sedang mengikuti Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA).
“Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
“Mangsa cedera di beberapa bahagian badan termasuk tangan kiri” katanya ketika dihubungi RTM hari ini.
Superintenden Mohd Anuar berkata siasatan awal mendapati kejadian berkenaan berpunca daripada kemalangan sendiri dan tiada unsur jenayah dikesan setakat ini.
Siasatan lanjut masih dijalankan, katanya.