Rizab antarabangsa BNM cecah AS$132.6 bilion setakat akhir Jun

Paras rizab telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing

 

RINGKASAN BERITA AI
  • Paras rizab mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
  • Komposisi rizab: AS$117.2 bilion mata wang asing; AS$1.3 bilion kedudukan IMF; SDR AS$6.0 bilion; emas AS$5.8 bilion; aset rizab lain AS$2.3 bilion.
  • Jumlah aset dan liabiliti BNM RM635.19 bilion; termasuk modal RM100 juta, rizab RM199.34 bilion, mata wang dalam edaran RM182.31 bilion, deposit institusi kewangan RM123.00 bilion.

KUALA LUMPUR, 7 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 30 Jun 2026 berjumlah AS$132.6 bilion.

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi kenyataan menyebut paras rizab berkenaan telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

”Paras rizab itu memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Daripada keseluruhan rizab antarabangsa kasar itu, sebanyak AS$117.2bilion terdiri daripada rizab mata wang asing, diikuti kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) bernilai AS$6.0 bilion, emas (AS$5.8 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion),”menurut kenyataan.

Bank pusat itu turut memaklumkan, jumlah asetnya berada pada RM635.19 bilion, merangkumi emas, aset kewangan asing dan rizab lain termasuk SDR bernilai RM537.03 bilion.

Aset lain yang direkodkan adalah termasuk kertas kerajaan Malaysia sebanyak RM13.10 bilion, deposit dengan institusi kewangan RM6.13 bilion, pinjaman dan pendahuluan RM20.03 bilion, hartanah serta peralatan RM4.55 bilion dan aset lain RM54.36 bilion.

Pada masa sama, jumlah modal dan liabiliti BNM turut mencecah RM635.19 bilion, merangkumi modal RM100 juta, rizab RM199.34 bilion, mata wang dalam edaran RM182.31 bilion serta deposit institusi kewangan RM123.00 bilion.

Komponen lain termasuk deposit kerajaan Persekutuan sebanyak RM5.61 bilion, deposit lain RM86.47 bilion, sekuriti BNM RM7.74 bilion, peruntukan SDR RM26.71 bilion dan liabiliti lain RM3.91 bilion.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.