
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha mengelakkan ‘exclusion error’ atau keciciran golongan yang layak menerima bantuan sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi cabaran negara menua.
- Cabaran jangka panjang memastikan bantuan sampai kepada yang benar-benar memerlukan dan mengelakkan penerima yang tidak layak.
- Peranan semua pihak perlu diselaraskan untuk melaksanakan agenda secara menyeluruh, selaras kesinambungan ekonomi dan pengurusan fiskal negara.
- Usaha penyelarasan banyak aspek bagi memastikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dengan sebaik mungkin.
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, cabaran jangka panjang bukan sahaja memastikan bantuan disalurkan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, malah mengelakkan bantuan diterima oleh mereka yang tidak layak.
“Peranan semua pihak perlu diselaraskan bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh, selaras dengan kesinambungan ekonomi dan pengurusan fiskal negara.
“Banyak perkara perlu diselaraskan supaya apabila tiba masanya, kita mampu memastikan kehidupan dan kesejahteraan rakyat terus dilindungi dengan sebaik mungkin,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mengenai langkah kerajaan dalam memastikan bantuan persekutuan disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat.