
KUALA LUMPUR, 6 Julai – Satu kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di kawasan perumahan dekat Bandar Baru Sri Petaling.
- Pegawai bomba mendapati runtuhan tembok pagar kira-kira 20 x 40 kaki persegi.
- Insiden tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
- DBKL dimaklumkan; orang awam dinasihat berwaspada di kawasan cerun dan tanah tidak stabil terutama ketika hujan.
Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.46 petang.
“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Petaling, ke lokasi dan mendapati berlaku runtuhan tembok pagar kediaman dengan keluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi.
“Insiden bagaimanapun, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,”kata kenyataan berkenaan.
Kejadian itu kemudian dimaklumkan ke pengetahuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tindakan dan pemantauan susulan.
Orang awam dinasihat sentiasa berwaspada terutama di kawasan cerun atau struktur tanah tidak stabil, khususnya ketika hujan atau cuaca tidak menentu.