
SONG, 5 Julai – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh dari perahu di Sungai Katibas berhampiran Nanga Bangkit di sini, ditemukan lemas petang tadi.
- Mangsa Sumok Jugah, 56, ditemukan lemas kira-kira pukul 2.55 petang, sekitar 100 meter dari perahunya.
- Operasi SAR hari kedua melibatkan anggota balai bomba, unit pengesan K9 dan anjing pengesan Bella.
- Pencarian dimulakan seawal pagi menggunakan kaedah Water Surface Searching dalam radius kira-kira tiga kilometer.
- Kehilangan disedari selepas perahu ditemui hanyut; mayat dibawa ke jeti dan diserahkan kepada polis; SAR ditamatkan pukul 5.
Mangsa, Sumok Jugah, 56, ditemukan orang awam kira-kira pukul 2.55 petang, sekitar 100 meter dari lokasi perahunya ditemui hanyut.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song, Unit Pengesan K9 bersama anjing pengesan Bella.
Pencarian dimulakan seawal pagi menggunakan kaedah Water Surface Searching dalam radius kira-kira tiga kilometer dari Nanga Sungai Bangkit sehingga lokasi perahu mangsa ditemui.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jeti Pekan Song sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian petang Jumaat, mangsa dipercayai terjatuh dari perahu ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli gas memasak di sebuah kedai di Nanga Bangkit.
Kehilangannya disedari selepas penduduk menemui perahu mangsa hanyut tanpa penumpang.
Operasi SAR ditamatkan pada pukul 5 petang selepas mangsa berjaya ditemukan.