
BATU PAHAT, 5 Julai – Kepesatan pembangunan perlu bersifat menyeluruh, merangkumi daerah lain dan kawasan pedalaman, bagi memastikan kemajuan negeri dirasai semua pihak.
- Kerajaan Persekutuan perlu merancang secara rapi untuk memastikan kemajuan dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
- Pembinaan rumah kos rendah di kawasan bernilai hartanah tinggi menunjukkan impak positif terhadap keterangkuman sosial.
- Kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu diperkukuh, bukan hanya tertumpu pada projek besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perancangan rapi oleh Kerajaan Persekutuan diperlukan bagi memastikan kemajuan negeri dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
Antara contoh perancangan Kerajaan Persekutuan yang memberikan impak positif kepada rakyat, adalah pembinaan rumah kos rendah di kawasan bernilai hartanah tinggi seperti di Kuala Lumpur.
“Kerajaan negeri minta apa, untuk bagi kerjasama tumpuan rumah kos rendah, itu program kerajaan negeri, tapi kadang-kadang pemikiran itu hanya untuk projek-projek besar”, katanya.
Datuk Seri Anwar berkata demikian semasa Program Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri di Batu Pahat, Johor.