Tour de France: Vingegaard kuasai peringkat pertama di Barcelona

Foto AFP

BARCELONA, 5 Julai – Pelumba basikal Denmark, Jonas Vingegaard, berjaya menguasai peringkat pembukaan (Peringkat 1) Tour de France 2026 di sini, pada Sabtu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Visma-Lease a Bike memenangi acara ujian masa berpasukan sejauh 19.6 kilometer.
  • Kemenangan itu membolehkan Vingegaard menyarung jersi kuning buat kali pertama sejak 2023.
  • Vingegaard menamatkan perlumbaan 12 saat di hadapan Tadej Pogacar, seteru utama dan juara bertahan dua edisi.
  • Cuaca panas ekstrem tidak menghalang ratusan peminat berbasikal membanjiri jalan untuk menyaksikan perlumbaan.

Kejayaan tersebut dicapai selepas pasukannya, Visma-Lease a Bike memenangi acara ujian masa berpasukan sepanjang 19.6 kilometer tersebut.

Kemenangan ini sekali gus membolehkan Vingegaard menyarung jersi kuning buat kali pertama sejak tahun 2023.

Vingegaard, yang merupakan naib juara tahun lalu serta pemenang edisi 2022 dan 2023, menamatkan perlumbaan 12 saat di hadapan seteru utamanya dari Slovenia, Tadej Pogacar, yang juga juara bertahan bagi dua edisi lalu.

Dalam pada itu, cuaca panas ekstrem tidak menghalang ratusan peminat sukan berbasikal membanjiri sepanjang jalan demi menyaksikan kelibat pelumba kegemaran mereka.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.