Gempa bumi Venezuela: Keluarga mangsa rayu SAR diteruskan

Foto fail / REUTERS

CARABALLEDA, 4 Julai Keluarga mangsa yang masih hilang susulan kejadian dua gempa bumi yang melanda Venezuela, terus merayu agar operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan bagi mengeluarkan ahli keluarga mereka yang masih terperangkap di bawah runtuhan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Angka kematian meningkat kepada 2,645 orang selepas dua gempa bumi pada 24 Jun.
  • Lebih 12,000 orang dilaporkan cedera, kira-kira 15,000 kehilangan tempat tinggal.
  • Pasukan dari Mexico, sukarelawan dan keluarga meneruskan SAR namun mengeluh kekurangan sokongan pihak berkuasa.

Kementerian Penerangan negara itu memaklumkan, angka kematian akibat dua gempa bumi yang menggegarkan negara tersebut pada 24 Jun lalu, meningkat kepada 2,645 orang setakat Jumaat.

“Lebih 12,000 orang dilaporkan cedera, manakala kira-kira 15,000 penduduk hilang tempat tinggal,” menurut kementerian itu.

Menurut keluarga mangsa, pihaknya amat berharap SAR dengan penglibatan anggota antarabangsa diteruskan kerana masih ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan ketika ini termasuk bekas isteri dan tiga anaknya.

“Saya mempunyai tiga anak dan ibu mereka (bekas isteri). Saya sedang berusaha mengeluarkan mereka tidak kira apa jua keadaan mereka nanti.

“Itu sahaja menjadi kepuasan saya iaitu kebumikan mereka di tempat yang dihormati,” kata Rojas.

Selain itu, Rojas turut meluahkan kekeluhannya atas kekurangan sokongan daripada pihak berkuasa dalam mencari baki mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

Sementara itu, pasukan penyelamat dari Mexico antara anggota antarabangsa yang masih meneruskan SAR di lokasi bencana, dengan dibantu sukarelawan serta ahli keluarga mangsa yang bersama-sama mengalihkan runtuhan bangunan.

Sukarelawan, Sara Barazarte turut merayu bantuan antarabangsa diteruskan bagi mempercepatkan usaha dan menyelamat dan mengeluarkan mayat yang masih terperangkap di bawah runtuh.

“Ramai keluarga masih menunggu kepulangan insan tersayang mereka.

“Sama ada mangsa ditemukan dalam keadaan selamat atau sekurang-kurangnya, dikebumikan dengan sempurna,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.