Kanak-kanak dipercayai masih hidup selepas lapan hari tertimbus

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan pada hari kelapan / REUTERS

LA GUAIRA, 4 Julai– Seorang kanak-kanak lelaki dipercayai masih hidup selepas lapan hari tertimbus di bawah bangunan yang runtuh akibat gempa bumi kuat di Caraballeda, Venezuela.

RINGKASAN BERITA AI
  • Fabio, sembilan tahun, masih memberi tindak balas melalui bunyi, menyuntik harapan kepada pasukan penyelamat.
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan walaupun amat berbahaya kerana hujan dan pergerakan tanah meningkatkan risiko.
  • Bapa mangsa enggan berputus asa, keluarga menaruh harapan dan terus berusaha untuk masa depan anak-anak.

Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mengesan Fabio Bastardo, sembilan tahun yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan 12 tingkat berkenaan.

Anggota penyelamat, Jean Sosa memaklumkan, Fabio masih memberi tindak balas melalui bunyi sehingga semalam.

Perkembangan itu sekali gus menyuntik harapan kepada pasukan yang meneruskan operasi.

“Harapan adalah perkara terakhir yang akan kita lepaskan. Walaupun keadaan kini amat berbahaya, kami tetap meneruskan usaha,” katanya.

Menurut beliau, hujan dan pergerakan tanah sejak beberapa hari lalu menjadikan operasi mencari dan menyelamat semakin berisiko.

Sementara itu, bapa mangsa, Francisco Bastardo berkata, beliau enggan berputus asa walaupun operasi berdepan pelbagai cabaran.

“Sebagai ibu bapa, kami tidak pernah bersedia kehilangan anak.

Mereka adalah sebab saya bekerja dan berusaha membina masa depan yang lebih baik untuk mereka,” katanya. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.