
LONDON, 4 Julai– Novak Djokovic mara ke pusingan keempat Wimbledon selepas menewaskan Arthur Rinderknech dari Perancis 7-5, 6-4, 1-6, 7-6(4) dalam aksi pusingan ketiga.
- Djokovic mencatat kemenangan ke-105 di Wimbledon, menyamai rekod kemenangan Roger Federer.
- Beliau hanya memerlukan satu lagi gelaran Wimbledon untuk menyamai lapan kejuaraan tunggal Federer.
- Pemain nombor satu dunia Jannik Sinner turut mara ke pusingan keempat.
Kemenangan itu merupakan yang ke-105 buat pemain Serbia berusia 39 tahun itu di Wimbledon.
Catatan tersebut menyamai rekod kemenangan Roger Federer di kejohanan berkenaan.
Djokovic kini hanya memerlukan satu lagi gelaran Wimbledon untuk menyamai rekod lapan kejuaraan perseorangan lelaki milik Federer.
Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner turut mara ke pusingan keempat selepas menewaskan Jenson Brooksby dari Amerika Syarikat (AS) 6-4, 6-3, 6-4.
Jessica Pegula, Naomi Osaka dan Belinda Bencic turut meneruskan kemaraan ke pusingan seterusnya.
Roman Safiullin dari Rusia pula melangkah ke pusingan keempat selepas menewaskan pilihan ke-24, Joao Fonseca 6-3, 6-3, 6-3.
Pemain ranking ke-132 dunia itu mengakui pernah menyangka kariernya sudah berakhir akibat kecederaan selepas Terbuka AS tahun lalu.
Beliau bagaimanapun berjaya pulih dan kembali beraksi di Wimbledon. -REUTERS