Jumlah korban letupan bom di cafe Damsyik meningkat

Keadaan cafe rosak teruk akibat serangan bom/Foto AFP 

ISTANBUL, 3 Julai – Jumlah korban dalam serangan bom yang menyasarkan sebuah kafe di tengah Damsyik pada Khamis meningkat kepada 10 orang, menurut Kementerian Kesihatan Syria pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Letupan berpunca daripada alat letupan buatan sendiri (IED) yang ditanam dalam kafe di kawasan Al-Hijaz berhampiran Istana Kehakiman.
  • Seramai 21 orang dilaporkan cedera dalam letupan itu.
  • Tiada pihak mengaku bertanggungjawab dan pihak berkuasa telah melancarkan siasatan.
  • Serangan berlaku ketika pihak berkuasa baharu memperketat keselamatan; pasukan keselamatan menggagalkan beberapa komplot dan menahan suspek.

Seramai 21 lagi cedera dalam letupan yang berpunca daripada alat letupan buatan sendiri (IED) yang ditanam di dalam kafe di kawasan Al-Hijaz berhampiran Istana Kehakiman, menurut stesen televisyen Alikhbariah yang memetik kementerian itu.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu dan pihak berkuasa telah melancarkan siasatan.

Serangan itu berlaku ketika pihak berkuasa baharu Syria berusaha memperketat langkah keselamatan dan memulihkan kestabilan susulan kejatuhan rejim Bashar al-Assad pada Disember 2024.

Pihak berkuasa Syria sebelum ini berulang kali menuduh saki-baki penyokong rejim terdahulu serta rangkaian yang bersekutu dengannya cuba mencetuskan ketidakstabilan dan mengganggu tempoh peralihan negara.

Menurut pegawai, pasukan keselamatan sejak beberapa bulan kebelakangan ini berjaya menggagalkan beberapa komplot serta menahan individu yang disyaki anggota rangkaian berkenaan. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.