Kes kemalangan jalan raya: 1,792 kes dan sembilan kematian direkodkan

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk dua kereta dan sebuah lori/JBPM

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Sebanyak 1,792 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam, membabitkan sembilan kematian, menurut statistik harian Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Jumlah kemalangan menunjukkan pengurangan berbanding hari sebelumnya.
  • JSPT PDRM menggesa pengguna jalan mematuhi peraturan dan memandu secara berhemah.
  • Polis mengulang amaran mesej, "Sayangi diri, jauhi kemalangan" kepada orang ramai.
  • Beberapa kemalangan tragis dilaporkan termasuk insiden melibatkan lori dan kenderaan persendirian.

Jumlah direkodkan berkurangan berbanding kes kemalangan pada hari sebelumnya (pada Rabu), iaitu sebanyak 1,825 kes membabitkan sembilan kematian.

Berdasarkan rekod JSPT, statistik 1 Julai menunjukkan jumlah kemalangan berkurangan sebanyak 14 kes berbanding 30 Jun, manakala jumlah kematian menurun sebanyak tujuh kes.

Kemalangan tragis di Kinabatangan menyebabkan seorang pemandu treler maut selepas terperangkap dan dihempap kepala treler yang dipandunya, dalam kejadian awal pagi semalam./ JBPM

JSPT PDRM mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas, memandu secara berhemah dan mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.

Polis turut mengulangi peringatan kepada orang ramai menerusi mesej, “Sayangi diri, jauhi kemalangan.”

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.