Usul transformasi mobiliti, keselamatan bandar dibentang Sidang DUN Selangor

Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San / Foto RTM

SHAH ALAM, 2 Julai – Usul transformasi mobiliti dan keselamatan bandar, dijadual dibentangkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Ogos nanti.

RINGKASAN BERITA AI
  • Usul transformasi mobiliti dan keselamatan bandar terpilih selepas menerima undian tertinggi dalam program ADN Muda Selangor 2026.
  • Seorang ADUN akan membentangkan usul itu; Sidang DUN juga dijangka menyaksikan usul persendirian Menteri Besar.
  • Sidang ADN melibatkan 56 belia membahaskan empat usul termasuk perumahan belia, kesedaran undang-undang dan kesihatan mental.

Speaker Dewan Negeri Selangor, Lau Weng San berkata, keputusan itu diperoleh selepas usul tersebut menerima undian tertinggi, pada program Ahli Dewan Negeri (ADN) Muda Selangor 2026, berbanding tiga usul yang lain.

“Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor akan bertanggungjawab untuk membentangkan usul ini nanti.

“Sidang DUN Selangor nanti akan turut menyaksikan satu usul persendirian yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar menerusi Rancangan Selangor Kedua dan saya rasa kemungkinan akan memperoleh undian tertinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan sidang dewan sempena program ADN di sini, hari ini.

Pada sidang dewan ADN yang menghimpunkan seramai 56 belia telah membahaskan empat usul termasuk perumahan belia, kesedaran undang-undang serta kesihatan mental.

Usul transformasi mobiliti dan keselamatan bandar memperoleh undian tertinggi, iaitu sebanyak 22 undi selepas sesi perbahasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.