
KUALA LUMPUR, 2 Julai – Co-opbank Pertama, CBP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
- Pembayaran dividen dikreditkan ke akaun anggota yang layak bermula 2 Julai 2026.
- Pembahagian selepas ditolak zakat melibatkan agihan sebanyak RM104.79 juta, menurut CEO Khairil Anuar.
- CBP merekodkan keuntungan RM131.15 juta bagi 2025, naik 3.1%, dan menyasarkan keuntungan RM141 juta bagi 2026.
Pembayaran dividen itu telah dikreditkan ke dalam akaun anggota yang layak bermula 2 Julai 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kadar dividen berkenaan adalah selepas ditolak zakat, melibatkan agihan sebanyak RM104.79 juta.
Lebih 92,000 anggota layak menerima manfaat daripada agihan dividen tersebut.
Bagi tahun 2025, CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM131.15 juta, meningkat 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sementara itu, bagi tahun 2026, CBP menyasarkan keuntungan sebanyak RM141 juta, disokong aktiviti pemasaran yang telah dirancang.
CBP turut yakin kedudukan kewangannya dapat diperkukuh menerusi penerbitan Sukuk Berstruktur Terlindung melalui anak syarikatnya, Himayah Sukuk Berhad.
Penerbitan sukuk itu turut disokong penarafan A3 dan P2 dengan prospek stabil daripada RAM Ratings.