Sarawak layak terima bayaran interim khas seperti Sabah

Perdana Menteri memberi jaminan rundingan bagi tujuan itu akan diteruskan

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Kerajaan Sarawak layak menerima bayaran interim khas seperti yang dinikmati kerajaan Sabah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri memaklumkan pemberian itu selari dengan persefahaman Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Proses rundingan pemberian interim khas sedang diteruskan bersama Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg.
  • Hasil rundingan tidak diumumkan supaya tumpuan diberikan kepada RM1.8 bilion yang julung kali diberi kepada Kerajaan Persekutuan.
  • Anwar sebagai Menteri Kewangan memberi jaminan rundingan akan diteruskan dan bersetuju jumlah perlu ditingkatkan mengikut semangat MA63.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pemberian berkenaan selari dengan persefahaman dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Proses rundingan bagi urusan pemberian interim khas kepada kerajaan Sarawak kini sedang diteruskan bersama Premier Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

“Kita tidak umumkan hasil rundingan kerana mahu memberi tumpuan kepada RM1.8 bilion yang julung kali diberi kepada Kerajaan Persekutuan,”katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan rundingan bagi tujuan itu akan diteruskan, selain mengakui jumlah pemberian wajar diberi peningkatan berdasarkan semangat perjanjian MA63.

Jawapan berkenaan merujuk soalan tambahan yang dikemukakan wakil Sri Aman, Datuk Seri Doris Sophia Brodi sama ada kerajaan Sarawak layak menerima bayaran interim khas seperti dinikmati kerajaan Sabah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.