Wimbledon: Sabalenka menang mudah ke atas Kostovic

Foto REUTERS

LONDON, 30 Jun – Pemain pilihan utama, Aryna Sabalenka memulakan langkah kanan dalam usaha memburu kejuaraan sulung Wimbledon apabila mencatat kemenangan mudah 6-2, 6-3 ke atas pemain Serbia, Teodora Kostovic pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Aryna Sabalenka, pemain nombor satu dunia, bangkit selepas tersingkir awal di Terbuka Perancis.
  • Jessica Pegula dan Coco Gauff turut mara, masing-masing menewaskan lawan dan mengekalkan peluang kejohanan.
  • Dua pemain AS menyatakan sokongan terhadap Marketa Vondrousova, yang digantung empat tahun kerana gagal hadir ujian doping tahun lalu.

Bangkit daripada kekecewaan susulan tersingkir awal di Terbuka Perancis baru-baru ini, pemain nombor satu dunia itu berjaya menundukkan Kostovic yang berada di kedudukan ranking lebih rendah.

Sementara itu, dalam perlawanan lain, pemain pilihan keempat dari Amerika Syarikat (AS), Jessica Pegula turut mara selepas menewaskan Darja Vidmanova 7-5, 6-3.

Manakala, rakan senegaranya yang juga pilihan ketujuh kejohanan, Coco Gauff tidak berdepan masalah menewaskan Tamara Korpatsch 6-2, 6-1.

Dalam pada itu ketika sidang media selepas kejohanan, kedua-dua pemain AS tersebut menyatakan sokongan mereka terhadap Marketa Vondrousova.

Ia susulan tindakan disiplin ke atas bekas juara Wimbledon itu yang dikenakan penggantungan selama empat tahun akibat gagal menghadirkan diri bagi ujian doping, tahun lalu.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.