Malaysia perlu perkemas kesiapsiagaan bakat dalam industri semikonduktor

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Semikonduktor Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Wan Fazlida Hanim/RTM

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Malaysia perlu memperkemas dan mengukuhkan keupayaan pasaran tenaga mahir bagi mendepani landskap industri semikonduktor global yang semakin kompetitif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan pembangunan modal insan selaras dengan evolusi industri semikonduktor melalui kesiapsiagaan dan latihan berterusan.
  • Pelaburan asing tidak mencukupi jika bakat tempatan gagal memenuhi tuntutan kuantiti dan kualiti pasaran.
  • Fokus kepada reka bentuk dan pembuatan termaju untuk menaikkan nilai tambah dan memerlukan kemahiran intelektual tinggi.
  • Mulakan pemerkasaan dari akar umbi; institusi pengajian tinggi mesti guna pendekatan praktikal, makmal elektif dan pengajaran amali mendalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Semikonduktor Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Madya Dr Wan Fazlida Hanim Abdullah berkata, kesiapsiagaan itu penting bagi memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan perkembangan industri semasa.

Beliau menegaskan bahawa kemasukan pelaburan asing ke dalam negara sahaja tidak mencukupi sekiranya bakat tempatan gagal memenuhi tuntutan pasaran dari segi kuantiti dan kualiti.

“..kita juga harus bersedia untuk melakukan aktiviti yang lebih melibatkan reka bentuk ataupun kalau pun dalam aktiviti pembuatan juga adalah ke arah pembuatan termaju yang melibatkan fikiran, essenti yang lebih tinggi nilai apa nilai dan adaptasi”, katanya demikian

selepas menjadi tetamu dalam program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, Kota Media.

Menurutnya, transformasi yang lebih besar diperlukan kerana landskap industri semikonduktor yang sangat kompetitif serta bergantung kepada bekalan rantaian global.

“Mahu tidak mahu kita memang berada di dalam satu industri yang sangat kompetitif. Kita harus mencari juga cara, ruang untuk penambahbaikan dan meninggikan nilai penglibatan industri semikonduktor ini.

“Yang lakukan oleh kerajaan sudah tepat..yang mana hubungan dengan sumber bukan pergantung kepada satu arah sahaja.. hubungan diplomatik dan cara mendapatkan sumber baik daripada sumber yang masuk ataupun rantaian yang seterusnya.”

Justeru itu, beliau menegaskan pemerkasaan tersebut perlu bermula dari peringkat akar umbi selain institusi pengajian tinggi perlu mengubah pendekatan pengajaran tradisional demi melahirkan graduan yang kompeten.

“Kami (UiTM) telah membentuk makmal-makmal elektif untuk mahasiswa supaya apabila mereka tamat pengajian, mereka sudah bersedia untuk memasuki industri dengan asas dan pendedahan yang mencukupi dalam bidang semikonduktor serta mikroelektronik.

“Kita tidak boleh mengajar menggunakan cara lama. Sebaliknya pendekatan harus lebih luas, melibatkan lebih banyak amali (hands-on), serta mempunyai kedalaman ilmu yang kukuh,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.