Pengendali Senegal mahu anak-anak buahnya perbaiki kelemahan

Foto REUTERS

FOXBOROUGH, 27 Jun – Pengendali Senegal, Pape Bouna Thiaw, menegaskan masih terdapat kelemahan yang perlu diperbaiki oleh anak buahnya meskipun skuad kendaliannya berjaya membenam Iraq 5-0 pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemenangan hidupkan peluang Senegal ke pusingan kalah mati Piala Dunia.
  • Kemenangan terbesar oleh pasukan Afrika dalam sejarah pusingan akhir, selepas Iraq bermain dengan 10 pemain.
  • Skuad perlu menantikan keputusan kumpulan; tiga mata sudah disahkan, harapan layak masih bergantung kepada perlawanan lain.
  • Pemain dipuji: Pape Gueye untuk dua gol, Sadio Mane untuk semangat berpasukan dan sumbangan pertahanan.

Kemenangan tersebut sekali gus menghidupkan peluang Senegal untuk melangkah ke pusingan kalah mati Piala Dunia.

Senegal mempamerkan penguasaan di Stadium Toronto apabila menewaskan pasukan Iraq yang beraksi dengan 10 pemain, sekali gus mencatatkan kemenangan terbesar buat mana-mana pasukan dari benua Afrika dalam sejarah pusingan akhir Piala Dunia.

“Walaupun kami berjaya menjaringkan lima gol, masih ada banyak peningkatan yang perlu dilakukan,” kata Thiaw kepada pemberita selepas perlawanan.

Skuad dari Afrika Barat itu kini terpaksa menanti sama ada mereka layak ke pusingan 32 terakhir.

Nasib pasukan berkenaan hanya akan ditentukan selepas kesemua perlawanan peringkat kumpulan selesai.

“Sekarang kami perlu menunggu. Kami sudah mengesahkan tiga mata di tangan. Ada beberapa perlawanan lagi (kumpulan lain), jadi kami berharap Senegal mampu layak,” tambahnya.

Senegal kini berada di kedudukan ketiga Kumpulan I di belakang Perancis dan Norway.

Dalam pada itu, Thiaw memberikan pujian khas kepada pemain tengah, Pape Gueye, atas kesungguhannya yang berjaya meledak dua gol, serta impak besar yang dibawa oleh pemain sayap veteran, Sadio Mane.

“Dia (Mane) mempunyai semangat berpasukan yang tinggi… dia melakukan perkara yang hebat di atas padang dan sangat membantu di bahagian pertahanan,” ujar Thiaw mengenai Mane.

Thiaw mengakui kemenangan besar itu memberikan kelegaan kepada dirinya selepas tertekan dalam beberapa perlawanan awal.

“Sokongan padu daripada seluruh negara memberikan impak yang besar buat kami, dan kami memberikan segalanya di atas padang demi memastikan mereka gembira,” katanya lagi. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.