Agong berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-219

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 / Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 26 Jun – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, malam ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hadir lebih 400 pegawai dan anggota serta pemimpin kanan termasuk Ketua Hakim Negara, Menteri Dalam Negeri, Panglima ATM dan Ketua Polis Negara.
  • PDRM, pada usia penubuhan 219 tahun, komited mempertahankan kedaulatan negara, memelihara keselamatan rakyat dan mengekalkan ketenteraman awam.
  • Pengorbanan anggota yang gugur akan sentiasa dikenang sebagai lambang keberanian dan pengabdian kepada negara.
  • Ketua Polis merakam penghargaan kepada Kerajaan MADANI, Kementerian Dalam Negeri dan agensi keselamatan lain atas sokongan memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan pasukan.

Turut hadir Ketua Hakim Negara, Tun Wan Ahmad Farid Wan Salleh; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar; Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail serta lebih 400 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam sembah ucapannya, Tan Sri Mohd Khalid menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda berangkat ke majlis berkenaan yang disifatkan sebagai penghormatan besar kepada seluruh warga PDRM.

Beliau berkata, pada usia penubuhan 219 tahun, PDRM akan terus komited mempertahankan kedaulatan negara, memelihara keselamatan rakyat dan mengekalkan ketenteraman awam.

Katanya, pengorbanan anggota yang gugur ketika menjalankan tugas akan sentiasa dikenang sebagai lambang keberanian dan pengabdian kepada negara.

Tan Sri Mohd Khalid turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan MADANI, Kementerian Dalam Negeri serta agensi keselamatan lain atas sokongan berterusan dalam memperkukuh keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan.

Majlis Santapan Diraja merupakan antara acara utama sempena Peringatan Hari Polis Ke-219 sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga PDRM dalam memelihara keamanan, keselamatan dan kedaulatan negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.