
BANDAR SERI BEGAWAN 26 Jun– Kemboja menyokong garis panduan keselamatan peringkat ASEAN yang dirintis Malaysia untuk mengawal selia penggunaan media sosial yang selamat dan bertanggungjawab.
- Kementerian Penerangan Kemboja menyuarakan sokongan terhadap garis panduan keselamatan media sosial ASEAN yang dirangka Malaysia.
- Inisiatif Malaysia mengimbangi perlindungan pengguna dan akauntabiliti platform digital sambil menghormati undang-undang domestik setiap negara anggota.
- Kemboja komited bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk membina ekosistem digital ASEAN yang lebih selamat dan berdaya tahan.
Sokongan berkenaan disuarakan Kementerian Penerangan Kemboja dalam Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab Mengenai Maklumat (SOMRI) ke-23 di Brunei.
“Inisiatif Malaysia berjaya mengimbangi aspek perlindungan pengguna dan akauntabiliti platform digital.
Pada masa sama, tetap menghormati undang-undang domestik setiap negara anggota,” menurut kementerian tersebut.
Dalam pada itu, Kemboja turut menegaskan komitmennya untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia demi membina ekosistem digital ASEAN yang lebih selamat dan berdaya tahan.
SOMRI ke-23 turut dihadiri deligasi Malaysia, diketuai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Datuk Bahria Mohd Tamil.