
KANGAR, 21 Ogos – Program Jiwa Komuniti Madani Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia berjaya menarik penyertaan 300 murid dan guru Sekolah Kebangsaan Padang Kota.
- Platform menyemai semangat cintakan negara dan menghayati kemerdekaan dalam kalangan generasi muda.
- Inisiatif kolaboratif JAPEN Perlis sempena Bulan Kebangsaan 2026 untuk pendedahan patriotik berterusan.
- Pelbagai pengisian meriah seperti pertandingan basikal berhias, senamrobik Merdeka dan segmen motivasi khas bersama JAPEN.
Program sempena Bulan Kebangsaan 2026, hasil kolaborasi Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Perlis.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Kota, Nor Haliza Saad berkata penganjuran program seperti itu merupakan platform untuk terus menyemai semangat cintakan negara serta menghayati kemerdekaan dalam kalangan generasi muda.
“Semangat patriotik perlu terus wujud dalam diri generasi muda dan pendedahan berterusan diberi kepada mereka mengenai tokoh-tokoh kemerdekaan agar mereka mempunyai semangat berterusan dalam memastikan keharmonian terus terpelihara,”katanya pada program berkenaan.
Pelbagai pengisian menarik berlangsung, antaranya pertandingan basikal berhias, senamrobik Merdeka juga segmen motivasi khas bersama JAPEN.